letour.jpg

Peperangan Membebaskan Safad Dan Penyerahan Kirk (Ramadan 584 Hijrah Hingga 14 Syawal /1188 Masihi)

Pada awal bulan Ramadan 584 Sultan Salahuddin al-Ayyubi bergerak menuju Safad dan kubunya yang kukuh. Beliau membuat pengepungan yang ketat di situ. Semasa tempoh pengepungan itu, bandar Kirk menyerah diri secara aman. Sementara itu, pertempuran hebat berlaku di Safad sepanjang bulan Ramadan sehingga akhirnya ia menyerah kalah pada 14 Syawal.

Penulis kitab Sirah Salahuddin iaitu al-Qadi Bahauddin Syaddad menyebutkan tentang peperangan Safad: Kemudian Salahuddin bergerak pada awal Ramadan dari Damsyik menuju ke Safad dan terpaksa meninggalkan ahli keluarga serta anak pinak juga tanah air pada bulan Ramadan (di mana pada bulan Ramadanlah perantau pulang ke kampung halaman untuk bersama ahli keluarga. Sementara Salahuddin pula mengambil kesempatan keberkatan bulan tersebut untuk merampas semula beberapa buah negeri. “Ya Allah, sesungguhnya dia sanggup memikul beban itu untuk mendapatkan keredhaan-Mu, maka ganjarilah dia dengan pahala yang besar.” Al-Qadi menyifatkan bulan Ramadan pada tahun itu dengan katanya: “Hujan turun sangat lebat pada bulan itu dan keadaan sangat becak, namun keadaan itu tidak menghalang Salahuddin meneruskan niatnya.”

Katanya lagi: Apabila Salahuddin sampai ke kubu Safad beliau mengarahkan supaya dipasang manjenik (sejenis senjata berat zaman dahulu). Beliau enggan tidur melainkan setelah manjenik itu dipasang dengan sempurna. Maka dia mendapat berita gembira berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: “Dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka, iaitu mata yang berjaga berkawal di jalan Allah, dan mata yang menangis kerana takutkan Allah.”

Pada awal Ramadan 585 Hijrah, sampailah berita ke Halab tentang ketibaan Raja Jerman bersama 200,000 tentera dengan tujuan untuk mara ke negara-negara Islam. Al-Qadi berkata: “Hal itu sangat merunsingkan Sultan Salahuddin dan dia merasa sangat sukar untuk mengarahkan orang ramai keluar berj ihad. Maka yang menj adi persiapan, rangsangan supaya orang keluar berjihad dan benteng yang kuat untuk menghadapi musuh dan tentera yang ramai itu ialah bulan Ramadan pada tahun itu.”

Hak Kanak-Kanak Dan Kasih Sayang Sultan Salahuddin (Peristiwa Unggul Berlaku Ketika Pengepungan Bandar Uka, Pada Tahun 587 Hijrah / 1191 Masihi)

Ketika sedang mengepung bandar Uka pada tahun 587 H, tentera beliau (Fidaiyyun) berjaya menewaskan musuh dan menawan orang-orang tawanan termasuk golongan lelaki. Mereka pulang membawa rampasan perang itu lalu dipersembahkan kepada Sultan Salahuddin supaya beliau membahagikannya kepada mereka. Pada suatu ketika, tentera F’idaiyyunnya menawan seorang anak kecil berusia tiga bulan yang masih menyusu lalu di bawa ke kem tentera Islam. Sultan memerintahkan supaya anak itu dijaga dengan baik sementara dia menyiasat tentangnya sambil memperingatkan supaya jangan diulangi perbuatan itu (menawan kanak- kanak).

Al-Qadi berkata: Setelah menyedari kehilangan anaknya, si ibu menjerit dan melolong sepanjang malam sehinggalah beritanya sampai kepada pembesar-pembesar mereka. Mereka pun berkata kepadanya: Sesungguhnya dia – yakni Sultan Salahuddin – seorang yang lembut hati. Kami benarkan engkau pergi menemuinya. Keluar dan carilah anak itu daripada beliau, pasti dia akan memulangkannya kepadamu.

Lalu keluarlah si ibu meminta tolong kepada pengawal-pengawal tentera Islam. Dia pun memberitahu mereka kisah yang menimpanya melalui seorang penterjemah. Kemudian mereka membenarkannya masuk berjumpa sultan. Lalu datanglah si ibu kepadanya. Ketika itu sultan sedang berada di atas Buht Kharrubah, dan saya (al-Qadi) merupakan salah seorang daripada ramai orang yang berkhidmat untuknya.

Lantas si ibu menangis sekuat hati dan menyembamkan mukanya di tanah. Sultan pun bertanya tentang kisahnya. Setelah diberitahu timbullah rasa kasihan beliau kepada si-ibu dan bercucuranlah air matanya. Beliau menitahkan supaya dibawa anak kecil itu.

Sementara menunggu anak kecil itu tiba, sultan terus berdiri sehingalah anak itu diserahkan kepada ibunya. Si-ibupun mengambil anaknya. Sambil menangis dia mendakapkan anaknya ke dada. Orang ramai yang memerhatikannya turut sama menangis. Saya berdiri dalam kumpulan mereka. Si ibu menyusukan anaknya sebentar.

Kemudian sultan mengarahkan si ibu dibawa mengenderai kuda dan dipastikan sampai kepada kumpulan tentera mereka bersama anaknya. Lihatlah bagaimana sifat kasih sayangnya kepada manusia. Ya Allah, Engkau menjadikannya seorang yang pengasih, maka kasihilah dia dengan rahmat (kasihan belas) yang luas di sisi-Mu, wahai Tuhan Empunya kebesaran dan kemuliaan. Lihatlah bagaimana musuh sendiri menjadi saksi sifat lemah-lembut, kemuliaan dan kasih-sayangnya.

* Petikan dpd Madrasah Ramadan: Penerokaan & Hukum-Hakam oleh Dr. Muhammad Ali Dannawi terjemahan Ustaz Muhd Ramzi Omar. Terbitan YADIM, 2006.