letour.jpg

Peperangan Hims (Ramadan 628 Hijrah /1231 Masihi)

Setelah tewas di Ain Jalut, tentera Mongol mengatur semula barisan mereka. Panglima mereka iaitu Abgha mengerakkan pasukan tentera yang mahir tentang hal ehwal bumi Syam pada tahun 706 Hijrah /September 1306 Masihi.

Pasukan tentera itu berpecah kepada tiga kumpulan menuju ke Halab. Kemudian mereka mengepung Halab dari segenap segi. Setelah masuk ke Halab, mereka membunuh dan menawan penduduk Halab serta membakar masjid dan sekolah serta pusat pemerintahan. Lantaran itu Sultan Mansur Qalawun dari Mesir banglut untuk memerangi mereka. Dia bergerak menuju ke Damsyik. Di sana dia menyusun pasukan tenteranya kemudian bergerak ke arah utara Syam.Tujuannya ialah untuk pergi ke Halab. Di luar tanah lapang Hims bertembunglah dua pasukan yang besar:

1. Pasukan tentera Mongol diketuai oleh Abgha Mankutmar dan dua orang saudaranya.Turut bersamanya ialah Leo III raja Kalkilia dari kalangan tentera Salib yang menganggap dirinya keluar daripada perjanjian gencatan senjata dengan Sultan Qalawun. Turut bersamanya juga ialah para pemimpin Uka dan Tripoli.

 

2. Pasukan tentera Mamluk diketuai oleh Sultan al-Mansur Qalawun. Turut bersamanya ialah para pemimpin Arab, Mamalik dan Turki.

Di kawasan dataran luas Hims, berlakulah peperangan penentu antara kedua pihak yang berakhir dengan kemenangan besar di pihak Sultan Qa1awun.Tentera Mongol dan Salib mengalami kekalahan dan kerugian besar. Peperangan besar ini berlaku pada bulan Ramadan 707 Hijrah/ 1281 Masihi.

Jatuhnya Batu Besar, Pembebasan Algeria, Tunisia Dan Tripoli Dari Cengkaman Sepanyol (Ramadan 936 Hijrah 1 1529 Masihi)

Pihak Sepanyol berjaya melebarkan kekuasaannya sampai ke Algeria dan Tunisia bermula pada tahun 911 Hijrah /1505 Masihi. Di sebuah pulau yang terletak bertentangan dengan bandar Algiers, mereka mendirikan sebuah kubu besar yang mereka namakan sebagai el Pinon yang bermaksud batu besar. Tempat itu dijadikan pusat gerakan mereka untuk menguasai Laut Mediterranean.

Seorang panglima perang Islam yang bernama Khairuddin – yang asalnya berbangsa Albania – yang terkenal dengan panggilan Barbusa bermaksud “yang berjanggut merah” telah bangkit melancarkan peperangan ke atas Sepanyol. Beliau ialah seorang pelaut yang mahir dan panglima tentera yang cekap. Disebabkan dia memperolehi banyak kemenangan dalam peperangan-peperangan yang disertainya, maka beliau mendapat sokongan Sultan empayar Uthmani iaitu Sulaiman al-Qanuni. Dengan itu, bertambahlah keupayaannya untuk menghadapi Sepanyol dan membebaskan Algeria dan Tunisia.

Sekarang di hadapannya sedia ternanti pulau el Pinon iaitu “Batu Besar Yang Kukuh.” Sebaik sahaja Khairuddin mengambil keputusan untuk mengambil semula pulau tersebut daripada penjajah Sepanyol, beliau terus memasang meriam-meriamnya serta melepaskan tembakan selama tiga minggu.

Akhirnya panglima perang Sepanyol terpaksa menyerah kalah kerana kekuatan mereka yang asalnya 1,500 anggota hanya tinggal 25 orang sahaja. Dengan itu, jatuhlah Batu Besar itu pada bulan Ramadan tahun 936 Hijrah/ 27 Mei 1529.

Khairuddin memasuki pulau tersebut dan membuang segala bentengbenteng yang melindunginya, kemudian menggabungkan pulau tersebut dengan bandar Algiers. Dari kedua-dua tempat itu, dia mendirikan sebuah pelabuhan yang istimewa yang terletak di pertengahan laluan antara pulau Sicily di selatan Itali dan selat Gibraltar.

Pemusnahan Garisan Barlif Israel Di Tebing Terusan Suez (10 Ramadan 1393 Hijrah 1 Oktober 1973 Masihi)

Boleh jadi peperangan terbesar yang dilalui oleh orang Arab dan umat Islam pada abad kedua puluh ialah pada 10 Ramadan 1393 H bersamaan 6 Oktober 1973 M. Dalam peperangan ini, tentera Mesir berjaya merempuh masuk ke garisan Barlif yang kukuh di tebing Terusan Suez. Ia merupakan garisan (zon) tentera yang kebal di mana dengan adanya zon ini tentera Israel sukar untuk dikalahkan serentak.

Pasukan tentera Israel yang berada di situ dikenali dengan panggilan “Tentera Yang Tidak Dapat Ditundukkan.” Sementara itu, pasukan tentera Syria mara ke garisan bukit Golan. Peperangan pada ketika itu sangat sengit di mana tentera Arab berjaya memperolehi banyak kemenangan yang memeranjatkan. Kalau tidak disebabkan oleh bantuan logistik dan ketenteraan yang besar oleh pihak Amerika, tentulah Israel akan menghadapi kekalahan yang besar.

Namun setelah mendapat sokongan tentera dan logistik tersebut, keputusan peperangan mula bertukar. Israel mula berjaya menakluk beberapa bahagian bumi Mesir, sementara tentera Syria berundur beberapa kilometer dari bukit Golan. Setelah itu, Presiden Mesir Anwar Sadat mengunjungi Baitul Maqdis yang berada di bawah taklukan tentera Israel. Dengan kunjungan itu, berlakulah Muktamar Keamanan Geneva yang disertai oleh Mesir, Jordan dan Israel. Syria pula mengambil keputusan untuk tidak menghadiri muktamar tersebut. Dalam tempoh muktamar tersebut, Presiden Anwar Sadat menghadiri beberapa siri rundingan Camp David di Amerika yang berakhir dengan perjanjian damai antara Mesir dan Israel.

* Petikan dpd Madrasah Ramadan: Penerokaan & Hukum-Hakam oleh Dr. Muhammad Ali Dannawi terjemahan Ustaz Muhd Ramzi Omar. Terbitan YADIM, 2006.