Pagi itu agak kelam, embun pagi berkaca memenuhi penghuni hijauan bumi suci itu. Debu-debu denai ke rumah Allah itu pasti tidak kekang dari zikrullah, melekat pada jubah dan baju calon-calon yang dipilih Allah. Pintu Masjid pada pagi yang istimewa itu dilintasi oleh seorang-demi seorang hamba Allah yang ingin bertemu tuhannya. Yang pasti pagi itu lain dari pagi-pagi yang lain. Jemaah yang hadir di pagi hening itu juga pasti yang terbaik dikalangan yang terbaik, dipilih yang maha Esa untuk diperlihatkan satu ujian. Sebahagian dari mereka pula adalah golongan terpilih dari yang terpilih, kerana mereka bertemu Allah dan Allah memilih untuk bertemu dengan mereka.
Pagi itu, haruman kasturi syurga memenuhi segenap ruangan masjid dengan mengalirnya darah syuhada’. Pintu langit terbuka luas menyambut nyawa-nywa suci itu untuk bertemu Rabb. Alangkah manis bertemu ilahi dalam keadaan diri sujud dan melaksanakan arahanNya. Namun, hakikatnya lebih menyayatkan, umat Islam dipagi itu dan hampir selamnya masih lena, dan masih belum dikejutkan dari tidur mereka walaupun subuh itu telah berlalu 13 tahun lepas.
