FLY HIGH OZ/NZ 2009
BE SURE NOT TO MISS IT!!

BROUGHT TO YOU ESPECIALLY BY INTELEK

Apa kerajaan boleh belajar dari Pilihanraya Australia 2007
November lalu rantau Asia-Pasifik menyaksikan satu lagi perubahan kepimpinan. Rakyat Australia selama 13 tahun berada di bawah kepimpinan John Howard terpaksa menidakkan beliau untuk menjawat jawatan tersebut. Namun kata-kata John Howard sebaik selepas mengumumkan kekalahan beliau dan juga partinya harus dihormati.

“Saya mengambil tanggungjawab penuh terhadap kempen ini dan saya menerima dengan penuh tanggungjawab di atas kekalahan dalam pilihan raya ini; bagaimanapun saya berbangga kerana meninggalkan Australia yang lebih gemilang, lebih kuat serta lebih makmur.”

Kata-kata tersebut sekaligus menutup suasana kekalahan dan wajah muram Parti Liberal. Rakyat Australia tidak dapat menafikan akan kebenaran ucapan tersebut, namun demi masa depan negara mereka memilih untuk melihat kepimpinan yang lebih segar dan berwawasan jelas.

Perdana Menteri terpilih, Kevin Rudd yang baru menduduki kerusi sebagai ketua pembangkang tidak lebih dari 10 bulan, susulan dari itu telah menyambut kata-kata John Howard:

“John Howard telah melaksanakan tugas yang terbaik untuk rakyat Australia, bagaimanapun kita akan melaksanakan tugas yang lebih baik untuk Australia.â€

Melihat sendiri suasana kempen dan pilihan raya di bumi Australia ini merupakan pengalaman yang cukup manis. Saya hanya mengikuti perkembangan semasa pilihan raya melalui kaca tv, tidak melalui surat khabar, radio, internet atau media lain.

Bagaimanapun, saya terpaksa akur yang perbincangan dan perbahasan di tv sahaja telah melengkapi setiap mesej yang ingin disampaikan oleh kedua-dua belah pihak. Keberkesanan dan kejayaan Parti Buruh perlu dilihat pada dua langkah yang saling berkaitan; pertama adalah stuktur demokrasi itu sendiri yang menjadi tunjang kepada pilihan raya yang adil lagi bersih, dan yang kedua adalah keberkesanan kempen dalam memahami kehendak rakyat.

Memberi hak yang sama kepada sesiapa yang bertanding untuk berkempen melalui prasarana yang sedia ada telah memberi peluang kepada semua pihak atau parti mempopularkan mesej yang ingin diketengahkan. Kebebasan media untuk mengulas dan melapor, menyumbang kepada kempen pilihan raya yang sihat di kalangan parti.

Paling menarik perhatian saya adalah debat terbuka atau apa yang digelar â€˜Great Debateâ€™ antara dua calon utama kedua-dua parti (bakal PM), yang menjadi medan untuk menjaja visi dan kredibiliti individu dan parti. Disinilah tempat untuk masing-masing meyakinkan rakyat bahawa mereka adalah calon terbaik yang harus menjawat jawatan utama negara.

Telahan mudahnya, inilah wajah mereka yang jelas ingin menerajui kepimpinan negara dan berani untuk merealisasikan peranan kebebasan bersuara. Berada di hadapan rakyat diatas pentas bersama pencabar untuk menjawab soalan-soalan kritikal, sekaligus menjadi kayu ukur yang terbaik buat pengundi.

Rasionalnya, rakyat berhak mendapat maklumat secara langsung daripada calon, dan melalui program sebegini, matlamat itu dapat tercapai.

Spekulasi dan khabar angin merupakan sesuatu yang ganjil dalam suasana pilihan raya Australia. Kedua-dua parti yang mendapat liputan hampir saksama dalam media. Setiap persoalan dan spekulasi cepat mendapat perhatian calon dan jawapan mereka akan mendapat tempat utama dalam media, menjadikan ruang spekulasi dan khabar angin semakin sempit. Suasana sihat ini secara tidak langsung mengurangkan wajah buruk pilihan raya yang kita sering hadapi kerana penuh dengan khabar angin, fitnah serta caci maki.

Sebahagian kecil faktor yang disebut diatas sebenarnya menjadi tangga yang mengizinkan Parti Buruh menjalankan kempen berkesan mereka yang sekaligus membawa mereka pada kejayaan. Keberkesanan kempen Parti Buruh adalah penyumbang utama pada keputusan pilihan raya ini, ditambah dengan kegagalan Parti Liberal menunaikan janji-janji pilihan raya lalu.

Struktur demokrasi yang bersih dan membenarkan kebebasan media adalah ramuan utama pilihan raya Australia. Keberkesanan kempen, memahami kehendak rakyat dan memperjuangkannya adalah pelengkap kepada hasrat parti yang ingin menang. Ini dilihat jelas pada pilihan raya Australia 2007.

Namun faktor utama yang lebih dominan adalah kehendak rakyat untuk melihat perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil. Rakyat Malaysia sudah lama bersedia, dan saya yakin Malaysia dapat menjadi contoh kepada sebuah negara demokrasi yang baik jika tuntutan tersebut terlaksana. Adakah kita mampu merubahnya? Segalanya bergantung pada KITA.

Abu Fateh

Siri Jelajah Ramadan 5 (3 kisah)
Peperangan Hims (Ramadan 628 Hijrah /1231 Masihi)

Setelah tewas di Ain Jalut, tentera Mongol mengatur semula barisan mereka. Panglima mereka iaitu Abgha mengerakkan pasukan tentera yang mahir tentang hal ehwal bumi Syam pada tahun 706 Hijrah /September 1306 Masihi.

Pasukan tentera itu berpecah kepada tiga kumpulan menuju ke Halab. Kemudian mereka mengepung Halab dari segenap segi. Setelah masuk ke Halab, mereka membunuh dan menawan penduduk Halab serta membakar masjid dan sekolah serta pusat pemerintahan. Lantaran itu Sultan Mansur Qalawun dari Mesir banglut untuk memerangi mereka. Dia bergerak menuju ke Damsyik. Di sana dia menyusun pasukan tenteranya kemudian bergerak ke arah utara Syam.Tujuannya ialah untuk pergi ke Halab. Di luar tanah lapang Hims bertembunglah dua pasukan yang besar:

1. Pasukan tentera Mongol diketuai oleh Abgha Mankutmar dan dua orang saudaranya.Turut bersamanya ialah Leo III raja Kalkilia dari kalangan tentera Salib yang menganggap dirinya keluar daripada perjanjian gencatan senjata dengan Sultan Qalawun. Turut bersamanya juga ialah para pemimpin Uka dan Tripoli.

2. Pasukan tentera Mamluk diketuai oleh Sultan al-Mansur Qalawun. Turut bersamanya ialah para pemimpin Arab, Mamalik dan Turki.

Di kawasan dataran luas Hims, berlakulah peperangan penentu antara kedua pihak yang berakhir dengan kemenangan besar di pihak Sultan Qa1awun.Tentera Mongol dan Salib mengalami kekalahan dan kerugian besar. Peperangan besar ini berlaku pada bulan Ramadan 707 Hijrah/ 1281 Masihi.

Jatuhnya Batu Besar, Pembebasan Algeria, Tunisia Dan Tripoli Dari Cengkaman Sepanyol (Ramadan 936 Hijrah 1 1529 Masihi)

Pihak Sepanyol berjaya melebarkan kekuasaannya sampai ke Algeria dan Tunisia bermula pada tahun 911 Hijrah /1505 Masihi. Di sebuah pulau yang terletak bertentangan dengan bandar Algiers, mereka mendirikan sebuah kubu besar yang mereka namakan sebagai el Pinon yang bermaksud batu besar. Tempat itu dijadikan pusat gerakan mereka untuk menguasai Laut Mediterranean.

Seorang panglima perang Islam yang bernama Khairuddin – yang asalnya berbangsa Albania – yang terkenal dengan panggilan Barbusa bermaksud “yang berjanggut merah” telah bangkit melancarkan peperangan ke atas Sepanyol. Beliau ialah seorang pelaut yang mahir dan panglima tentera yang cekap. Disebabkan dia memperolehi banyak kemenangan dalam peperangan-peperangan yang disertainya, maka beliau mendapat sokongan Sultan empayar Uthmani iaitu Sulaiman al-Qanuni. Dengan itu, bertambahlah keupayaannya untuk menghadapi Sepanyol dan membebaskan Algeria dan Tunisia.

Sekarang di hadapannya sedia ternanti pulau el Pinon iaitu “Batu Besar Yang Kukuh.” Sebaik sahaja Khairuddin mengambil keputusan untuk mengambil semula pulau tersebut daripada penjajah Sepanyol, beliau terus memasang meriam-meriamnya serta melepaskan tembakan selama tiga minggu.

Akhirnya panglima perang Sepanyol terpaksa menyerah kalah kerana kekuatan mereka yang asalnya 1,500 anggota hanya tinggal 25 orang sahaja. Dengan itu, jatuhlah Batu Besar itu pada bulan Ramadan tahun 936 Hijrah/ 27 Mei 1529.

Khairuddin memasuki pulau tersebut dan membuang segala bentengbenteng yang melindunginya, kemudian menggabungkan pulau tersebut dengan bandar Algiers. Dari kedua-dua tempat itu, dia mendirikan sebuah pelabuhan yang istimewa yang terletak di pertengahan laluan antara pulau Sicily di selatan Itali dan selat Gibraltar.

Pemusnahan Garisan Barlif Israel Di Tebing Terusan Suez (10 Ramadan 1393 Hijrah 1 Oktober 1973 Masihi)

Boleh jadi peperangan terbesar yang dilalui oleh orang Arab dan umat Islam pada abad kedua puluh ialah pada 10 Ramadan 1393 H bersamaan 6 Oktober 1973 M. Dalam peperangan ini, tentera Mesir berjaya merempuh masuk ke garisan Barlif yang kukuh di tebing Terusan Suez. Ia merupakan garisan (zon) tentera yang kebal di mana dengan adanya zon ini tentera Israel sukar untuk dikalahkan serentak.

Pasukan tentera Israel yang berada di situ dikenali dengan panggilan “Tentera Yang Tidak Dapat Ditundukkan.” Sementara itu, pasukan tentera Syria mara ke garisan bukit Golan. Peperangan pada ketika itu sangat sengit di mana tentera Arab berjaya memperolehi banyak kemenangan yang memeranjatkan. Kalau tidak disebabkan oleh bantuan logistik dan ketenteraan yang besar oleh pihak Amerika, tentulah Israel akan menghadapi kekalahan yang besar.

Namun setelah mendapat sokongan tentera dan logistik tersebut, keputusan peperangan mula bertukar. Israel mula berjaya menakluk beberapa bahagian bumi Mesir, sementara tentera Syria berundur beberapa kilometer dari bukit Golan. Setelah itu, Presiden Mesir Anwar Sadat mengunjungi Baitul Maqdis yang berada di bawah taklukan tentera Israel. Dengan kunjungan itu, berlakulah Muktamar Keamanan Geneva yang disertai oleh Mesir, Jordan dan Israel. Syria pula mengambil keputusan untuk tidak menghadiri muktamar tersebut. Dalam tempoh muktamar tersebut, Presiden Anwar Sadat menghadiri beberapa siri rundingan Camp David di Amerika yang berakhir dengan perjanjian damai antara Mesir dan Israel.

* Petikan dpd Madrasah Ramadan: Penerokaan & Hukum-Hakam oleh Dr. Muhammad Ali Dannawi terjemahan Ustaz Muhd Ramzi Omar. Terbitan YADIM, 2006.

Siri Jelajah Ramadan 4
Peperangan ‘Ain Jalut Menentang Mongol (25 Ramadan 659 Hijrah /1261 Masihi)

Setelah Holako berjaya menguasai sebahagian besar negara Syam dan Iraq, tidak termasuk kerajaan-kerajaan tentera Salib yang berserakan di sebahagian pesisiran Syam hingga ke Uka di Palestin, dia melantik panglima tenteranya Katabgha sebagai orang yang bertanggungjawab memerintah Syam dan Palestin. Holako pula pulang dengan segera ke Parsi supaya dia dapat berada hampir pusat pemerintahan selepas kemangkatan Khan Mongol pada tahun 1259.

Pada bulan Januari 1260, Holako menghantar duta-dutanya kepada sultan kerajaan Mamalik di Mesir iaitu Qataz. Mereka membawa suratnya meminta supaya Sultan Qataz menyerah diri. Surat itu menyebutkan: “Sesiapa yang mahu berperang dengan kami maka dia akan menyesal, dan barangsiapa yang mahukan keamanan dari kami maka dia selamat. Oleh itu jangan kamu binasakan diri kamu dengan tangan kamu sendiri. Peringatan telah diberikan. Bilangan kamu yang ramai itu bagi kami sedikit sahaja, orang-orang terhormat kamu adalah hina di sisi kami.”

Setelah membaca surat itu, Sultan Qataz mengumpulkan para pembesar dan ulama yang antara mereka ialah seorang alim dan mujahid yang bernama al-Izz Abdul Salam. Setelah melihat sebahagian mereka teragak-agak membuat keputusan, maka sultan pun mengobarkan semangat para pembesar dan ulama untuk berperang menentang Mongol. Kemudian sultan menyampaikan ucapannya kepada mereka:

“Wahai pembesar-pembesar umat Islam, anda masih lagi benci kepada peperangan, aku sendiri akan turun kemedan jihad. Barangsiapayang memilih untuk berjihad maka silalah mendampingiku, dan barangsiapa yang tidak memilihnya silalah pulang ke rumahnya, kerana Allah memerhatikan nya. Kesalahan dosa umat Islam terpikul atas batang leher mereka yang di barisan belakang. Aku akan bertemu sendiri dengan tentera Tartar dan aku akan memerangi mereka walaupun bersendirian. ”

Begitulah bagaimana akhirnya sultan membuat keputusan yang tegas untuk menghadapi tentera Mongol, Holako dan Katabgha. Kemudian dititahnya supaya para utusan Tartar itu dibunuh. Seterusnya baginda membuat persiapan untuk berperang dan mengobarkan semangat orang ramai supaya membuat persiapan.

Pemimpin para ‘ulama, Al-’Izz Abdul Salam mengobarkan semangat orang ramai supaya berperang dan bersabar menanggung segala kesusahan. Dia membacakan surah al-Anfaal di hadapan perhimpunan umat Islam dan mentafsirkannya kepada mereka. Dia menghantarkan utusan-utusan ke segenap pelosok negeri dan kampung menyeru supaya mereka berjihad.

Akhirnya, keluarlah Sultan Qataz dengan pasukan tentera yang besar setelah amir Bebras yang kembali dari Syam bergabung dengannya. Sultan bermarkas berhampiran Uka dan membuat persepakatan dengan pembesar-pembesar Uka dari kalangan tentera Salib supaya tidak melancarkan permusuhan dan menghulurkan bantuan kepada tenteranya.

Sultan menyedari bahawa tentera Katabgha yang bergerak dari Ba’labak telah menyeberangi Sungai Jordan dan singgah di timur Galela. Sultan Qataz dengan angkatan tenteranya meneruskan perjalanan hingga sampai ke Ain Jalut pada 2 September 1262 iaitu pada bulan Ramadan 658 Hijrah.

Kemudian baginda menyembunyikan sebahagian besar anggota tenteranya di buht-bukit yang berhampiran. Yang tinggal bersamanya hanyalah pasukan barisan hadapan. Begitulah bagaimana Katabgha akan terjebak dalam perangkap Sultan Qataz. Kemudian Sultan Qataz berucap kepada panglima-panglima perang, pembesar-pembesar dan anggota-anggota tenteranya. Baginda memperingatkan mereka tentang kisah yang menimpa saudara mara mereka di Syam. Dirangsangnya mereka supaya menyelamatkan negara, agama Islam dan umatnya daripada ancaman Mongol. Diperingatkannya kepada mereka tentang balasan seksa dari Allah. Lalu mereka pun menangis dan bersumpah untuk berjuang bersungguh-sungguh memerangi Tartar.

Tatkala Katabgha melihat barisan hadapan tentera Mamluk yang dipimpin oleh Bebras, dia menganggap bahawa itulah bilangan sebenar pasukan tersebut. Lantas dia mara ke arah mereka untuk menyerang. Sementara Bebras pula berundur ke belakang sehingga akhirnya tentera Katabgha terkepung oleh sayap-sayap tentera Islam yang berada di atas bukit-bukit sekitarnya. Lalu berlakulah pertarungan dua tentera tersebut. Sambil mencampakkan topi besinya Sultan Qataz menyeru; hidup Islam, hidup Islam. Peperangan bertambah sengit dan akhirnya tentera Tartar menerima kekalahan dan melarikan diri. Katabgha pula berjaya dibunuh.

Lantaran itu terbukalah laluan kepada tentera Islam untuk membebaskan seluruh negara Syam yang sebelum itu telah dikuasai oleh Mongol iaitu Damsyik, Hims dan Halab.

Peperangan Ain Jalut berakhir dengan kemenangan yang nyata pada 25 Ramadan 658 Hijrah bersamaan September 1260 Masihi.

*Petikan dpd Madrasah Ramadan: Penerokaan & Hukum-Hakam oleh Dr. Muhammad Ali Dannawi terjemahan Ustaz Muhd Ramzi Omar. Terbitan YADIM, 2006.

Siri Jelajah Ramadan 3 (2 kisah)
Peperangan Membebaskan Safad Dan Penyerahan Kirk (Ramadan 584 Hijrah Hingga 14 Syawal /1188 Masihi)

Pada awal bulan Ramadan 584 Sultan Salahuddin al-Ayyubi bergerak menuju Safad dan kubunya yang kukuh. Beliau membuat pengepungan yang ketat di situ. Semasa tempoh pengepungan itu, bandar Kirk menyerah diri secara aman. Sementara itu, pertempuran hebat berlaku di Safad sepanjang bulan Ramadan sehingga akhirnya ia menyerah kalah pada 14 Syawal.

Penulis kitab Sirah Salahuddin iaitu al-Qadi Bahauddin Syaddad menyebutkan tentang peperangan Safad: Kemudian Salahuddin bergerak pada awal Ramadan dari Damsyik menuju ke Safad dan terpaksa meninggalkan ahli keluarga serta anak pinak juga tanah air pada bulan Ramadan (di mana pada bulan Ramadanlah perantau pulang ke kampung halaman untuk bersama ahli keluarga. Sementara Salahuddin pula mengambil kesempatan keberkatan bulan tersebut untuk merampas semula beberapa buah negeri. “Ya Allah, sesungguhnya dia sanggup memikul beban itu untuk mendapatkan keredhaan-Mu, maka ganjarilah dia dengan pahala yang besar.” Al-Qadi menyifatkan bulan Ramadan pada tahun itu dengan katanya: “Hujan turun sangat lebat pada bulan itu dan keadaan sangat becak, namun keadaan itu tidak menghalang Salahuddin meneruskan niatnya.”

Katanya lagi: Apabila Salahuddin sampai ke kubu Safad beliau mengarahkan supaya dipasang manjenik (sejenis senjata berat zaman dahulu). Beliau enggan tidur melainkan setelah manjenik itu dipasang dengan sempurna. Maka dia mendapat berita gembira berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: “Dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka, iaitu mata yang berjaga berkawal di jalan Allah, dan mata yang menangis kerana takutkan Allah.”

Pada awal Ramadan 585 Hijrah, sampailah berita ke Halab tentang ketibaan Raja Jerman bersama 200,000 tentera dengan tujuan untuk mara ke negara-negara Islam. Al-Qadi berkata: “Hal itu sangat merunsingkan Sultan Salahuddin dan dia merasa sangat sukar untuk mengarahkan orang ramai keluar berj ihad. Maka yang menj adi persiapan, rangsangan supaya orang keluar berjihad dan benteng yang kuat untuk menghadapi musuh dan tentera yang ramai itu ialah bulan Ramadan pada tahun itu.”

Hak Kanak-Kanak Dan Kasih Sayang Sultan Salahuddin (Peristiwa Unggul Berlaku Ketika Pengepungan Bandar Uka, Pada Tahun 587 Hijrah / 1191 Masihi)

Ketika sedang mengepung bandar Uka pada tahun 587 H, tentera beliau (Fidaiyyun) berjaya menewaskan musuh dan menawan orang-orang tawanan termasuk golongan lelaki. Mereka pulang membawa rampasan perang itu lalu dipersembahkan kepada Sultan Salahuddin supaya beliau membahagikannya kepada mereka. Pada suatu ketika, tentera F’idaiyyunnya menawan seorang anak kecil berusia tiga bulan yang masih menyusu lalu di bawa ke kem tentera Islam. Sultan memerintahkan supaya anak itu dijaga dengan baik sementara dia menyiasat tentangnya sambil memperingatkan supaya jangan diulangi perbuatan itu (menawan kanak- kanak).

Al-Qadi berkata: Setelah menyedari kehilangan anaknya, si ibu menjerit dan melolong sepanjang malam sehinggalah beritanya sampai kepada pembesar-pembesar mereka. Mereka pun berkata kepadanya: Sesungguhnya dia – yakni Sultan Salahuddin – seorang yang lembut hati. Kami benarkan engkau pergi menemuinya. Keluar dan carilah anak itu daripada beliau, pasti dia akan memulangkannya kepadamu.

Lalu keluarlah si ibu meminta tolong kepada pengawal-pengawal tentera Islam. Dia pun memberitahu mereka kisah yang menimpanya melalui seorang penterjemah. Kemudian mereka membenarkannya masuk berjumpa sultan. Lalu datanglah si ibu kepadanya. Ketika itu sultan sedang berada di atas Buht Kharrubah, dan saya (al-Qadi) merupakan salah seorang daripada ramai orang yang berkhidmat untuknya.

Lantas si ibu menangis sekuat hati dan menyembamkan mukanya di tanah. Sultan pun bertanya tentang kisahnya. Setelah diberitahu timbullah rasa kasihan beliau kepada si-ibu dan bercucuranlah air matanya. Beliau menitahkan supaya dibawa anak kecil itu.

Sementara menunggu anak kecil itu tiba, sultan terus berdiri sehingalah anak itu diserahkan kepada ibunya. Si-ibupun mengambil anaknya. Sambil menangis dia mendakapkan anaknya ke dada. Orang ramai yang memerhatikannya turut sama menangis. Saya berdiri dalam kumpulan mereka. Si ibu menyusukan anaknya sebentar.

Kemudian sultan mengarahkan si ibu dibawa mengenderai kuda dan dipastikan sampai kepada kumpulan tentera mereka bersama anaknya. Lihatlah bagaimana sifat kasih sayangnya kepada manusia. Ya Allah, Engkau menjadikannya seorang yang pengasih, maka kasihilah dia dengan rahmat (kasihan belas) yang luas di sisi-Mu, wahai Tuhan Empunya kebesaran dan kemuliaan. Lihatlah bagaimana musuh sendiri menjadi saksi sifat lemah-lembut, kemuliaan dan kasih-sayangnya.

* Petikan dpd Madrasah Ramadan: Penerokaan & Hukum-Hakam oleh Dr. Muhammad Ali Dannawi terjemahan Ustaz Muhd Ramzi Omar. Terbitan YADIM, 2006.

Siri Jelajah Ramadan 2 (3 kisah)
Peperangan Al-Buwaib Di Iraq Dan Parsi (Ramadan Tahun 13 Hijrah /634 Masihi)

Setelah Khalid bin al-Walid beredar meninggalkan Iraq menuju ke Syam dengan perintah Khalifah Abu Bakar untuk membantu pasukan tentera Muslimin menentang Rom, al-Muthanna bin al-Harithah mengambil alih tempatnya dalam usaha membuka Iraq dengan perintah khalifah juga.

Al-Harithah berjaya mengasak tentera Parsi secara beransur-ansur sampai ke medan perang yang sengit di sebuah tempat yang bernama al-Buwaib. Di situlah panglima tentera Parsi yang bernama Mahran dibunuh. Tentera Islam mencapai kemenangan hebat. Seterusnya mereka berjaya membuka seluruh negara Iraq dan Parsi.

Peperangan al-Buwaib berlaku pada bulan Ramadan tahun 13 Hijrah bersamaan November tahun 634 Masihi.

Peperangan Penentu Untuk Membuka Negara Andalus (Sepanyol) (Ramadan, 92 Hijrah /711Masihi)

Pembukaan negara Andalus dianggap sebagai perkembangan penting dalam pergerakan tentera Islam menuju ke arah barat. Dari sudut ketenteraan, ia dianggap sebagai pembukaan yang berjaya. Dari sudut ketamadunan, ia berjaya memasukkan negara Sepanyol dan Portugal di bawah pemerintahan Islam. Maka Andalus merupakan titik tolak gemilangnya tamadun Islam di bumi Eropah dalam tempoh yang agak lama.

Dengan kejayaan membuka Andalus, maka umat Islam berjaya masuk ke kawasan lebih jauh iaitu Ghalah (Perancis) sehingga sampai ke Marsile dan sebahagian negara Itali.

Pembukaan Semenanjung Iberia iaitu Sepanyol dan Portugal ditunjangi oleh tiga panglima perang Islam iaitu Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa.

Akan tetapi, peperangan terbesar yang menjadi penentu ialah pada bulan Ramadan tahun 92 Hijrah bersamaan bulan Jun 711 Masihi di Lembah Lakkah iaitu kawasan dataran yang luas. Di situlah berlaku beberapa siri peperangan antara tentera Tariq yang dilengkapi 10,000 tentera dengan tentera Rodrego Raja Qut yang memiliki puluhan ribu tentera. Peperangan berterusan selama dua minggu sehingga akhirnya tentera Qut berjaya ditewaskan dan melarikan diri ke arah utara.

Ia merupakan kemenangan besar yang membuka laluan kepada Tariq untuk mara ke Talitilah, sementara Musa bin Nusair menjejalu tentera Tariq dan mereka bergabung di Balatah. Kemudian mereka terus mara untuk meneruskan pembukaan. Begitulah yang berlaku di mana tarikh 28 Ramadan 92 Hijrah merupakan satu kelahiran baru dalam sejarah kehidupan di Andalus dan tamadun umat Islam di sana.

Pembukaan diteruskan di bahagian utara. Tentera Islam Arab itu berjaya merentasi gunung-gunung Barnet sehingga sampai ke negara Ghalah (Perancis), dan berjaya menguasai bahagian selatannya iaitu kawasan yang luas berhampiran Laut Mediterranean sampai ke Sungai Ron. Kawasan itu termasuklah kawasan yang pada hari ini dikenali dengan nama Riperia di bawah jajahan Perancis dan sebahagian kawasan Iberia di bawah jajahan Itali. Tentera Arab seterusnya di bawah pimpinan al-Hurr bin Abdul Rahman al-Thaqafi berjaya menguasai ibu negeri Sebteman iaitu bandar Norbonne. Orang Islam menamakannya dengan nama Arnubah dan menjadikannya pangkalan untuk membuka negara Ghalah (Perancis). Selepas al-Hurr datang pula al-Sumh bin Malik mengetuai operasi pembukaan. Beliau mengepung bandar Toloz. Kemudian berlakulah pembukaan yang berturut-turut sehingga akhirnya mereka sampai ke bandar Bordo. Di bawah pimpinan Anbasah bin Suhaim pula tentera Arab berjaya sampai ke Bandar Leon pada tahun 105 Hijrah dan menguasainya. Mereka juga berjaya mara ke bandar Sens iaitu sebuah bandar yang terletak di atas sungai Sine 70 kilometer dari Paris.

Peperangan Membebaskan Sur Dari Cengkaman Tentera Salib (22 Ramadan 583 Hijrah Hingga 23 Syawal Bersamaan 1187 Masihi)

Pada 15 Ramadan 83 Hijrah Sultan Salahuddin mengisytiharkan keazamannya untuk membebaskan kota Sur daripada tentera Salib Eropah. Beliau pun mula mengepung kota itu pada 22 Ramadan. Kemudian beliau mengarahkan armadanya dari Mesir supaya datang menyertainya untuk mengepung dari arah laut. Sementara beliau memerangi mereka di darat sehingga akhirnya kota itu menyerah kalah pada 23 Syawal.

*Petikan dpd Madrasah Ramadan: Penerokaan & Hukum-Hakam oleh Dr. Muhammad Ali Dannawi terjemahan Ustaz Muhd Ramzi Omar. Terbitan YADIM, 2006.

Siri Jelajah Ramadan 1
Pembukaan Makkah Al-Mukarramah (21 Ramadan Tahun 8 Hijrah Bersamaan 629 Masihi)

Setelah agama Allah mula tersebar luas di kalangan ramai kabilah Arab, dan setelah tentera Muhammad s.a.w menghadapi tentera Rom dalam peperangan Mu’tah, maka adalah penting bagi Nabi s.a.w mengambil sebarang peluang yang dapat untuk membebaskan Makkah al-Mukarramah dan membersihkan Baitullah al-Haram. Peluang yang ditunggu itu tiba apabila Bani Bakar yang merupakan sekutu Quraisy menceroboh Bani Khuza’ah yang merupakan sekutu Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi s.a.w mendapati orang Quraisy telah melanggar perjanjian Hudaibiyyah yang memutuskan tidak boleh berlaku pencerobohan terhadap sesiapa yang bersetuju masuk dalam perjanjian (sekutu) bersama Nabi s.a.w. Lantaran itu Nabi s.a.w menyuruh para sahabat dan kabilah-kabilah lain supaya membuat persiapan untuk keluar tanpa menetapkan mana haluan mereka. Setelah persiapan lengkap telah dibuat, Baginda s.a.w pun mengisytiharkan kepada mereka bahawa baginda akan menuju ke Mekah. Baginda berdoa supaya Allah menutupkan pandangan dan berita tersebut daripada sampai ke pengetahuan Quraisy, agar mereka tidak mengetahui pergerakan baginda menuju ke tempat mereka. Tujuan baginda ialah untuk membuat kejutan tanpa pertumpahan darah.

Bergeraklah Nabi s.a.w menuju ke Mekah. Kabilah-kabilah yang menganut Islam terus-menerus datang menyertai angkatan baginda sehingga bilangan mereka mencecah 10,000 orang Muhajirin dan Ansar. Angkatan tentera baginda akhirnya sampai ke sebuah tempat bernama Mamar al-Zahran yang jauhnya empat farsakh dari Mekah. Namun orang Quraisy masih belum menyedari kehadiran baginda. Pada masa itu, mereka masih lagi berbalah sesama mereka tentang apakah yang patut mereka lakukan untuk mengelakkan kemarahan Muhammad dan orang yang bersamanya setelah mereka melanggar perjanjian dan menceroboh sekutu-sekutu Nabi Muhammad s.a.w.

Abu Sufiyan dan al-Harith bin Abdul Mutalib bapa saudara Nabi s.a.w dan Abdullah bin Umayyah anak saudara baginda serta beberapa orang yang lain keluar untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w dan angkatan tenteranya. Sebelum itu bapa saudara Nabi s.a.w telah mendahului mereka mengisytiharkan keislamannya. Maka begitulah juga yang dilakukan oleh mereka termasuk Abu Sufiyan, terutamanya apabila dia melihat bilangan tentera Muslimin yang begitu ramai berserta kelengkapan mereka. Beliau sedar bahawa orang Quraisy tidak akan mampu menentang tentera yang ramai itu. Setelah masuk Islam, dia pun pulang kepada kaumnya dengan kebenaran Nabi s.a.w lalu menyampaikan ucapan kepada mereka: “Wahai sekalian orang Quraisy, inilah Muhammad telah datang kepada kamu dengan kekuatan yang tak mampu kamu tandingi. Barangsiapa yang masuk ke rumah Abu Sufiyan maka dia selamat, barangsiapa yang menutup pintu rumahnya maka dia selamat, dan barangsiapa yang masuk ke dalam masjid maka dia selamat.”

Walaupun strategi untuk melakukan kejutan telah berjaya, namun Nabi s.a.w tetap mengambil langkah berjaga-jaga. Lantaran itu baginda membahagikan tenteranya kepada empat pasukan dan menyuruh mereka semuanya supaya jangan berperang dan menumpahkan darah kecuali jika dipaksa berbuat demikian.

Rasulullah s.a.w masuk ke kota Mekah sambil menundukkan kepalanya sebagai mensyukuri nikmat Allah. Baginda berhenti di sebuah tempat paling tinggi. Di situ mereka mendirikan khemah untuk baginda berhampiran dengan kubur bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah. Kemudian datanglah pasukan tentera dari kalangan sahabat baginda dari empat arah dan berkumpul di Bukit Hind yang meninggi di atas Kaabah. Rasulullah s.a.w memberhentikan kenderaannya dan berjalan bersama semua orang masuk ke Baitul Haram. Kemudian baginda tawaf mengelilingi Kaabah tujuh pusingan. Setelah itu baginda menyampaikan ucapannya kepada manusia sambil membacakan firman Allah taala bermasud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-ht ulia kamu di sisi Allah ialah orangyang lebih tagwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu). “

(Surah al-Hujurat: 13)

Kemudian baginda berpaling kepada orang Quraisy seraya berkata: “Wahai sekalian orang Quraisy, apa yang kamu fikir aku akan lakukan kepada kamu?” Mereka menjawab: “Kebaikan, saudara yang mulia dan anak kepada saudara yang mulia.” Nabi s.a.w menjawab: “Pergilah, sesungguhnya kamu adalah orang yang bebas.”

Kata-kata baginda itu merupakan satu pengisytiharan tentang pengampunan besar yang diberikan oleh seorang nabi yang mulia yang pernah disakiti dengan sangat hebat oleh kaumnya. Namun apabila baginda telah berjaya menguasai mereka, baginda memaafkan mereka. Lantaran itu mereka pun masuk ke dalam agama Allah berduyun-duyun.

Nabi s.a.w membersihkan Kaabah daripada berhala-berhala yang ada di situ. Berkumandanglah suara bilal melaungkan azan buat pertama kali dari atas Kaabah. Beliaulah orang yang diseksa semasa berada di Mekah pada zaman awal Islam, dan dahulunya dia adalah seorang hamba abdi. Tatkala diseksa dia hanya menyebutkan perkataan Ahad, Ahad (Allah Yang Esa), lantas Abu Bakar r.a. membelinya lalu memerdekakannya demi kerana Allah. Rasulullah s.a.w menetap di Mekah kira-kira 15 hari sehingga dipastikan Mekah bersih daripada berhala-berhala. Setelah itu baginda berangkat pulang ke Madinah al-Munawwarah.

Pembukaan kota Mekah berlaku pada 21 Ramadan yang penuh berkat tahun 8 Hijrah.

*Petikan dpd Madrasah Ramadan: Penerokaan & Hukum-Hakam oleh Dr. Muhammad Ali Dannawi terjemahan Ustaz Muhd Ramzi Omar. Terbitan YADIM, 2006

Syuhada’ Ramadan di bumi Palestin
Pagi itu agak kelam, embun pagi berkaca memenuhi penghuni hijauan bumi suci itu. Debu-debu denai ke rumah Allah itu pasti tidak kekang dari zikrullah, melekat pada jubah dan baju calon-calon yang dipilih Allah. Pintu Masjid pada pagi yang istimewa itu dilintasi oleh seorang-demi seorang hamba Allah yang ingin bertemu tuhannya. Yang pasti pagi itu lain dari pagi-pagi yang lain. Jemaah yang hadir di pagi hening itu juga pasti yang terbaik dikalangan yang terbaik, dipilih yang maha Esa untuk diperlihatkan satu ujian. Sebahagian dari mereka pula adalah golongan terpilih dari yang terpilih, kerana mereka bertemu Allah dan Allah memilih untuk bertemu dengan mereka.

Pagi itu, haruman kasturi syurga memenuhi segenap ruangan masjid dengan mengalirnya darah syuhada’. Pintu langit terbuka luas menyambut nyawa-nywa suci itu untuk bertemu Rabb. Alangkah manis bertemu ilahi dalam keadaan diri sujud dan melaksanakan arahanNya. Namun, hakikatnya lebih menyayatkan, umat Islam dipagi itu dan hampir selamnya masih lena, dan masih belum dikejutkan dari tidur mereka walaupun subuh itu telah berlalu 13 tahun lepas.

Perisitwa in berlaku di bumi suci para anbiya’, Palestin.  Di pagi fajar 15 Ramadan itu, 60 orang telah syahid dan hampir 300 orang tercedera angkara kerja Yahudi laknatullah. Masjid yang dimaksudkan ialah Masjid Ibrahimi yang merupakan tempat dimana Nabi Ibrahim disemadikan. Ia terletak di Bandar Hebron atau nama sebelumnya Khalil, nama bersempena gelaran Nabi Ibrahim yang membawa maksud teman setia.

Masjid Ibrahimi sering menjadi tumpuan dan kunjungan umat Islam yan berkunjung ke Palestin. Namun pada masa yang sama ia juga penting pada orang Yahudi yang mempercayai bahawa ianya adalah juga tapak makam Siti Sarah, Siti Hajar, Nabi Ya’kub dan juga Nabi Ismail sehingga mereka menggelarkannya ‘Machpelah Cave’.

Sejarah Ringkas

Penempatan disekitar Masjid tersebut bebas didiami kaum Yahudi  sepanjang pemerintahan Islam. Tetapi, peristiwa penawanan Masjidil Aqsa oleh penduduk Yahudi dan Inggeris pada tahun 1929 telah menyebabkan berlaku pertempuran diantara pengganas Yahudi yang datang dari Eropah dan penduduk Arab di kawasan itu yang akhirnya menyebabkan Yahudi telah dihalau keluar dan tidak dibenarkan tinggal dikawasan itu.

Pada 1967, kesan kekalah pihak Arab dalam perang 6 hari, tempat itu didatangi semula Yahudi dan di kepalai oleh Rabai Moshe Levinger. Setelah mendapat perkenan Zionis mereka telah membina kota dipinggir Khalil yang bernama Kirybat Arba. Dan sejak itulah Makan Nabi Ibrahim yang disebut ‘The Cave of Patriarch’ didalam Old testament, telah mudah dimasuki oleh mereka untuk melakukan ibadat. Lama kelamaan, penduduk Yahudi semakain bercambah sehinggalah kemudiannya ia dibahagi kepada 2 bahagian , iaitu satu untuk masjid dan satu untuk sinagog.

Keadaan bertambah rumit selepas perjanjian Oslo 1993, yang mana pentadbiran kota Khalil telah diserahkan sepenuhnya kepada regim Zionis.

Pembunuh

Dipagi Jumaat yang mulia pada tarikh 25 Februari 1994 bersamaan 15 Ramadan 1415 h, seorang ekstrimis Yahudi bernama Dr. Baruch Goldstein telah melepaskan tembakan didalam masjid Ibrahimi yang telah membunuh hampir 60 orang dan mencederakan ramai lagi semasa solat Subuh. Yahudi tersebut telah mati dipukul oleh jemaah yang terselamat. Dia yang merupakan seorang doctor perubatan adalah pengikut kepada sebuah kumpulan yahudi radikal Kach

Dia telah dianggap sebagai hero dikalangan Yahudi dan diberi gelaran ‘Baruch Gever‘yang bermaksud lelaki yang deberkati (Tuhan).  Para ekstrimis Yahudi telah menobatkan beliau sebagai wali dan menjadikan kuburnya sebagai kunjungan setiap kali mereka ke Makam Nabi Ibrahim.

Pasca pembunuhan

Terlalu banyak kepelikkan yang terjadi selepas peristiwa ini. Perjanjian demi perjanjian yang termeterai menjadikan kedudukan Yahudi semakin kukuh, bukan sahaja di bumi Khalil tertapi juga di Masjid Ibrahimi.  Pihak berkuasa Palestin,  PA yang diketuai Yasser Arafat, telah banyak menggadaikan nasib-nasib penduduk Islam Palestin dan khazanah umat Islam.  Seolah-olah yang berlaku adalah sebaliknya, atau dalam kata lain yang terbunuh adalah orang Yahudi dan yang membunuh adalah orang Islam.  Begitu malang sekali umat Islam, pemimpin bukan sahaja tidak dapat mempertahankan nasib umat, malah menggadaikan pula apa yang dimiliki.

Selepas Masjid itu dikuasai regim, wajah Masjid Ibrahim telah banyak berubah rupa. Kawasan sinagog telah diperbesarkan dan kawasan solat umat Islam semakin mengecil. Dan bilangan tentera yang mengawal semakin bertambah. Itulah nasib umat Islam di bumi Palestin, sudah jatuh ditimpa tangga.

Fikirkanlah

Tujuan disingkap kembali peristiwa ini adalah untuk menjentik sensitiviti kita sebagai umat Islam. Penyembelihan umat Islam seramai 60 orang tanpa belas ihsan seharusnya menyedarkan kita akan tanggungjawab kita. Mereka sanggup mencabuli kesucian rumah Allah, menyanjung orang yang melakukan jenayah itu tanpa sedikit pun rasa simpati apatah lagi rasa hormat terhadap umat Islam Palestin.

Agaknya, persitiwa sehina mana lagi yang perlu terjadi agar dapat menyedarkan umat Islam kini? Renungkanlah sedalam mungkin, pasti ada hikmah yang cukup besar disebalik peristiwa ini. Yang pasti, mereka yang syahid bertemu Allah dipagi fajar itu telah terlepas dari amanah ini. Yakinlah, bahawa kita tidak akan terlepas dari ditanya oleh Allah, atas apa yang kita lakukan terhadap nasib malang umat Islam Palestin.

Ramadan banyak mengejutkan manusia tidur. Hati manusia bangkit, mata manusia celik dan diri manusia bingkas untuk mencari dan mengapai setiap pelunag beramal. Beramalah dengan amal yang dapat dirasa sama oleh saudara kita di Palestin; infaq, doa dan kesungguhan.

Oleh:  Abu Fateh

Ramadan ini kiranya yang terakhir untukku
Aku mengayuh laju basikal Morrison yang kubeli dengan harga 35 dolar ketika garage sale tahun lalu. Perjalanku kali ini menyusuri Riccarton Road, menuju ke suatu destinasi yang tidak asing lagi. Tetapi hari ini tidak seperti hari-hari sebelumnya. “Hari ini ada promosi istimewa di Pak n Save. Twisted Tuesday. Beli dengan harga satu barang, boleh dapat 10! Promosi macam ni bukan selalu, setahun sekali je.. “, terang Mat kepadaku dengan bersungguh-sungguh sebentar tadi. “Betul ke ni Mat?” bingkasku seolah-olah tidak percaya. “Kalau kau tak mahu pergi, bermakna kau memang benar-benar tak mahu ambil manfaat dari promosi tu.” Jawapan Mat itu membuatkan aku teruja, memandangkan stok makananku selama seminggu telah pun habis. “Ini peluang terbaik untuk berjimat, sambil mendapat ‘pembelian’ terbaik“, bisik hatiku, riang.

Cerah mentari diiringi tiupan angin berpuput lembut, seolah-olah memahami kegembiraan hatiku untuk bertandang ke pasaraya yang penuh dengan pelbagai barangan keperluan pada harga yang terendah di seluruh Christchurch ini. Di sepanjang Riccarton Road, aku melepasi Apollo Motel, sambil pandanganku melirik pada papan iklannya yang sering kali tertera perkataan ‘No Vacancy’. Sudah kumaklum, bahawa di sepanjang jalan ini, memang terdapat banyak rumah penginapan yang sering menjadi tumpuan persinggahan para pengunjung yang bertandang ke Garden City ini.

Tiba-tiba aku tersedar, Riccarton Road yang sebelum ini mempunyai beberapa kesan lubang, hari ini telah pun sempurna diturap permukaannya, terutama pada laluan berbasikal yang sedang ku telusuri itu. “Ah, ini petanda baik!“, desus hatiku perlahan. Perjalanan kuteruskan lagi, kayuhan basikal kulajukan. Sesampainya aku di lampu isyarat berhampiran Ilam Toyota, sekali lagi aku berasa hairan, “Mengapa hanya lampu hijau untuk laluan basikal yang dinyalakan, sedangkan yang lainnya masih berwarna merah?” Namun persoalan itu kubiarkan sahaja tanpa jawapan, dan aku terus berlalu meninggalkan lampu isyarat itu bersama kenderaan lain yang setia menunggu di sana. Matlamatku kian hampir, destinasiku makin kelihatan.

Kini aku tiba di lampu isyarat kedua, yang terletak betul-betul bertentangan dengan Westfield Riccarton, tempat di mana pasaraya Pak n Save tersergam megah, sehebat papan tandanya yang gah berwarna kuning, menjadi trademark yang begitu popular di seluruh bumi New Zealand ini. Sekali lagi rasa harian menjengah diri, lantaran semua kenderaan lain seolah-olah ‘diberhentikan’ untuk memberi laluan kepadaku sampai ke pasaraya itu. “Mereka ni ada komplotkah?” bisik hatiku yang mula mencurigai sesuatu. Namun aku tidak mampu memberikan sebarang masa untuk menanti jawapannya, lantaran aku juga punya komitmen lain selepas ini. Kayuhan kuarahkan ke tempat letak basikal di hadapan pintu masuk Raccarton Mall itu.

Tanpa berlengah lagi, aku terus melangkah masuk. The Coffee Club yang baru dibuka beberapa minggu lalu seolah-olah menjadi landmark yang terletak di tengah-tengah persimpangan empat laluan utama di Mall itu. Aku mengarahkan langkah kakiku ke kanan, menuju ke Pak n Save. Aku mula berkira-kira, barang yang ingin kubeli tanpa risau akan harganya, lantaran aku baru sahaja mendapat gaji bekerja di Kebab Centre pada minggu ini. Alhamdulillah.

Setibanya aku di Pak n Save, mataku hampir terbeliak tatkala benar-benar menyaksikan promosi yang tertera di pintu masuknya: “Twisted Tuesday!! All product; buy 1 get 10!! Only for today!!”. “Wah, memang benar kata-kata Mat sebentar tadi. Promosi ini sungguh di luar jangkaan!” desus hatiku keriangan, sambil senyuman terukir di bibir tanda gembira.

Banyak juga yang kubeli, hampir penuh troli barangan yang ku ambil sebentar tadi. Mana tidaknya, beli satu dapat 10!. Setibanya di kaunter bayaran, baru aku teringat, yang aku hanya datang dengan berbasikal sahaja. Mana bisa aku membawa semua barangan yang ku borong pada hari ini. Aduhai, apa boleh buat, mahu tidak mahu terpaksa juga aku menyangkut semua beg plastik yang penuh barangan makan terutamanya, di handle basikalku. Aku mula tidak yakin, sambil memulakan kayuhanku untuk pulang ke rumah. Saat ini baru aku menyesal, mengapa tidak dahaja ku pandu keretaku ke Pak n Save ini, pastilah tiada masalah seperti ini.

Setibanya aku di persimpangan keluar, tiba-tiba datang sebuah kereta meluncur laju, membelok ke arah jalan masuk ke pasaraya itu tanpa menghiraukan kehadiran ku di situ. Aku menjadi tidak stabil, lalu tanpa sempat mengelak, aku terjatuh menyembam ke bumi. Kepalaku terhentak ke atas jalan. Aku jadi bingung. Semuanya semakin gelap, hitam.

“Napie, bangun. Dah pukul 4.30 ni“, sayup suara Solihin dari luar pintu menyedarkanku dari lena yang panjang. “Ah, aku bermimpi rupanya!!“. Aku bingkas bangun lalu membasuh muka sebelum keluar ke dapur untuk bersahur. Di dapur, aku mendapati sahabat-sahabat seisi rumahku yang lain sedang khusyuk menikmati juadah sahur masing-masing. Aku hanya sempat memanaskan bihun sup, lebihan berbuka malam semalam.

Usai solat Subuh, aku termangu seorang diri. Mimpi sebentar tadi benar-benar mengajarku sesuatu. Benakku ligat berputar. Ya, ia berkaitan dengan Ramadhan yang sedang kulalui ini. Bulan Ramadhan ibarat suatu promosi yang Allah tawarkan kepada hamba-hambanNya yang tahu akan “Nilai” beribadah kepadanya. Promosi ini hanya berlangsung selama satu bulan dalam setahun. Sepertimana semua jalan ke pasaraya diturap, semua lampu dihijaukan, semua kenderaan lain diberhentikan untuk memberi laluan ku ke sana, begitu juga halnya dalam bulan Ramadhan penuh kemuliaan ini. Padanya dibuka semua pintu syurga, ditutup semua pintu neraka, dirantai segala jin dan syaitan, serta dilipatgandakan pahala setiap amal kebaikan. Amalan sunat dihadiahkan pahala fardu, manakala amalan fardu digandakan sehingga 10 pahala, bahkan ada yang mengatakan sehingga 70 kali ganda.

Subhanallah, ia memang benar-benar tawaran yang istimewa. Mengapakah aku tidak pernah memikirkannya sebelum ini. 4 hari yang berlalu dalam bulan Ramadhan tahun ini, belum dapat kumanfaatkan ke tahap yang optimum. Mungkin, aku terlalu memanjakan diriku. Atau mungkinkah juga tawaran itu tidak menarik minatku? Seandainya aku tidak mahu merebut peluang ini, samalah seperti aku tidak berminat dengan tawaran pahala dan syurga Allah yang amat indah. Na’uzubillahi min zaalik.

Aku menghela nafas panjang. Mungkin inilah caranya Allah mahu mengajarku akan nilai ibadah pada bulan penuh kerahmatan ini. Aku bersyukur, kerana masih belum terlewat untuk tersedar dari lena yang merugikan ini. Syurga itu amat berharga, tinggi nilainya. Masakan dapat dibeli dengan harga yang ‘murah’. Padanya tertagih seribu pengorbanan juga keikhlasan dalam beribadah.

Sejenak kuteringat, akan kata-kata seorang guruku, “Ramadhan bukanlah seperti sebatang tebu, manis di pangkal, tawar di hujungnya. Tetapi pada bulan ini, kemanisan berbadah semakin dirasai di hujungnya, lantaran Allah melipatgandakan pahalanya, lebih daripada permulaannya. Tambahan pula terdapat malam Lailatul Qadar yang lebih baik daripada 1000 bulan”.

Benar, kali ini aku betul-betul merasai akan luasnya sifat Tuhan Ar-Rahman, yang memberikan kesempatan pada hambanya untuk mengumpul bekalan sebanyaknya di bulan yang penuh kemuliaan. Syukur ku tidak terhingga kerana diberi nikmat sihat, untuk aku berpeluang berbadah kepada-Nya. Ia adalah suatu nikmat yang jarang aku syukuri, melainkan apabila ia hilang dari genggaman. Akan ku pastikan ibadahku dilakukan dalam keadaan terbaik. Begitu juga akan kucuba hindari segala dosa yang bisa menghapuskan pahala amalanku, biarpun sekecil melihat sesuatu yang tidak diizinkan.

Andai ini Ramadhan terakhir untukku, akan ku penuhinya dengan semaian cinta ibadahku kepada Tuhan Yang Maha Esa. Aku tidak sanggup untuk mensia-siakannya. Aku tidak mampu membiarkannya lagi berlalu begitu sahaja. Selamat datang Bulan Kemuliaan, hadirmu kunanti, ketibaanmu kurindukan. Moga dapat kuhiasimu dengan tenangnya sujudku pada Tuhan Ar-Rahman….

oleh : h@rne2

Ingin Menjadi Sukarelawan?
Perselisihan

“Eh, boleh makan ke biskut ni? Ada emulsifier 471.“kata Ahmad kepada Ali.

“Boleh rasanya. Sebab tak semua emulsifier daripada haiwan. Mungkin juga daripada tumbuhan atau bahan-bahan kimia,” jawab Ali.

“Aku rasa ia datang dari haiwan la..” balas Ahmad.

“Tak, dari tumbuhan..” kata Ali seakan-akan mula naik berang.

“Bukanlah….”

Andainya kita berada di tengah-tengah perselisihan itu, apakah tindakan kita? Tinggalkan mereka? Menyokong pendapat Ahmad kerana lebih wara’? Ataupun menyokong Ali kerana kita pun inginkan keselesaan kerana biskut itu juga kegemaran kita.

Tindakan yang paling proaktif, adalah kembalikan isu itu kepada pihak yang berautoriti – pihak pengeluar biskut tersebut yang biasanya boleh dihubungi melalui khidmat pelanggannya. Ya, kembali kepada pihak yang berautoriti adalah jawapan yang terbaik.

Pertemuan doktor dengan ibunya.

“Aishah, kepala mak ni pening-pening sejak kebelakangan ni,” kata si ibu kepada anaknya, seorang doktor, di klinik anaknya.

Setelah melalukan beberapa prosedur perubatan, Aishah berkata lembut kepada ibunya, “Mak jangan risau. Ni sakit kepala yang biasa, sebab mak tak kerja banyak sangat. Takpe, nanti Aishah bagi ubatnya…”

“Ni ubatnya, Mak makan 2 kali sehari, selepas makan ya…”

“Baik, Aishah. Insyaallah Mak akan buat,” jawab si ibu.

Kenapa mesti 2 kali sehari? Kalau makan 4 kali, bukankah sifirnya akan lebih cepat sembuh?

Soalan-soalan yang mustahil wujud di minda si ibu. Kenapa? Jawapannya mudah, kerana si ibu yakin kepada anaknya, mustahil si anak akan membohonginya. Aishah sayangkan dirinya. Mustahil Aishah mahu menzalimi dirinya. Kedua, kerana si ibu yakin dengan ilmu perubatan anaknya.

Kembali kepada autoriti?

Ya, kembali kepada autoriti lebih menenangkan jiwa dan hati. Kita sememangnya mahukan jawapan yang tepat buat setiap persoalan dalam diri. Sangkaan-sangkaan seperti kes Ahmad dan Ali, tidak akan selesai andai masing-masing teguh dengan sangkaan masing-masing dan mungkin bisa merobek ikatan persahabatan.

Siapakah “ultimate authority” kita?

Kembali kepada “ultimate authority” itulah yang diajar oleh Allah swt melalui kalamNya di dalam surah Nisa, ayat 59 yang terjemahannya,

“…Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.”

Adakah kita “terpaksa” patuh?

Begitulah kadang-kadang hati kecil kita selalu merungut ketika berhadapan dengan syariat-syariat Allah, “Ya lah, Allah dah cakap, Rasul dah cakap, ikut je lah…” sekalipun zahirnya kita menyatakan persetujuan, tapi hati kecil ini sering kali memberontak, atas rasa keterpaksaan untuk mengikut kata Allah dan RasulNya.

Persoalannya, adakah kita terPAKSA untuk patuh?

Sekiranya kisah si ibu dan anaknya diluaskan skopnya, maka kita mampu untuk membuat suatu kesimpulan, bahawa kebanyakan (atau semua?) manusia akan menurut arahan sekiranya arahan tersebut datang daripada yang mengasihi mereka serta mereka yakin akan arahan tersebut disampaikan dengan dasar ilmu.

Bukankah Allah itu ar-Rahman (Maha Pengasih), ar-Raheem (Maha Penyayang)? Bukankah itu yang lafaz yang kita ulang-ulang setiap hari?

“… DIA Maha Penyanyang kepada hambaNya.” ( Ahzab 33:43)

“…Dan sesekali tidaklah Rabb-mu menganiayai hambaNya.” ( Fussilat 41:46)

Bukankah Allah itu Maha Tahu? Bukankah hal ini semua telah tersemat di hati, hasil pengajian aqidah dan tauhid sejak kecil? Bukankah Allah yang mencipta, menjaga alam ini? Siapakah yang lebih tahu tentang manusia selain dari Pencipta manusia itu sendiri?

Ya, sekiranya doktor yang terdedah kepada kesilapan sekalipun kita mampu untuk patuh dengan kerelaan, bukankah Allah itu lebih layak untuk kita “sukarela”, bahkan rasa gembira untuk melaksanakan arahanNya?

Tepuk dada, renungilah, pastinya kita akan mendapati, hati ini sebenarnya sukarela ingin taat padaNya, hanya kerana godaan si syaitan dan nafsu, segala fitrah itu telah pun terpesong.

Ramadhan: Medan mengembalikan Fitrah “Sukarela”

Fitrah “sukarela” hanya akan muncul di hati, andai syaitan nafsu diatasi. Tiada medan yang lebih kondusif melainkan latihan di Ramadhan kurniaan Ilahi.

Perkasakan TAQWA, tebalkan lapisan iman, tajamkan amal, moga ia menjadi bekal buat bertempur dengan tentera syaitan selepas ini. Moga fitrah ini sentiasa mekar dalam diri.

Amiin.

Shah2873