Kuliah Minggu ini 25/08/07
——————————————————————————————————
Kuliah online yang dianjurkan oleh KRIMANZ ini adalah merupakan medium ilmu untuk pelajar di Australian/NZ yang kami usahakan untuk menjana graduan-graduan yang mempunyai jatidiri mukmin yang tinggi. Kami benar-benar berharap agar usaha ini disebarluaskan supaya lebih ramai pelajar dapat mengambil manfaat darinya. InsyaAllah dengan teknologi terkini yang kita ada sekarang, kita bercita-cita agar kita dapat ‘bersama memberi’ untuk kebaikan semua.
Kuliah ini menggunakan kitab ‘Fiqh Sirah’ yang ditulis oleh Prof. Dr. Said Ramadhan Al-Buti. Buku ini ada diterbitkan oleh Dewan Pustaka Fajar, dan boleh diperolehi di kebanyakkan kedai buku agama di Malaysia. Kepada sesiapa yang tiada buku ini, kami telahpun ‘upload’ versi ’softcopy’ dalam yahoogroups krim_anz.
Kepada sesiapa yang ingin mendapat reminder tentang program kuliah ini. Anda boleh langgan milis kami di krim_anz@yahoogroups.com. Melalui milis ini, anda akan diberi maklumat terkini berkenaan program KRIM ANZ.
Biodata Penceramah:
Ust Nushi Mahfodz
- BA (Hons) Syariah Islamiah
Yarmouk University, Jordan
- MA Syariah Islamiah
University of Aly-Albayt, Jordan
- PhD Candidate, Islamic Law
Melbourne University
- Penceramah di Radio 1 RTM
Cara Menyertai:
1. Sila ‘add’ yahoo ID harne2 , dan maklumkan yang anda ingin sertai kuliah.
2. Pastikan anda ‘online’ sekurang-kurangnya 10minit sebelum kuliah bermula untuk mengelakkan sebarang masalah teknikal.
3. Penyertaan dibuka kepada sesiapa sahaja, walaupun sasaran utama adalahuntuk pelajar dari Australia dan New Zealand.

Julpm07 21, 2007 at 2:19 pm
Salam..
Untuk memudahkan jemputan, sila hantar mesej “Invite me” ke YM id: harne2
Pastikan anda telah meng’update’ YM ke versi yang baru…
Julam07 21, 2007 at 8:19 am
assalamualaikum!
YM saya selalu bermasalah. Ada tak alternatif lain untuk mengikuti kuliah ini..maybe through Skype?
Julpm07 21, 2007 at 12:30 pm
Nanti kami akan usahakan utk alternatif selain YM. InsyaALlah